Tuesday, December 25, 2012

don't break the wall of trust

trust atau kepercayaan.. 
satu pekara yang pastinya dipegang oleh semua orang.. same sperti manusia lain.. kepercayaan amat penting bagi aku..
kepercayaan asas kepada sesuatu hubungan.. hubungan kekeluargaan, hubungan rohani dan juga hubungan cinta..
tanpa kepercayaan yang kuat pastinya, sesuatu hubungan tidak berlaku dengan baik..

ketika dilahirkan melihat dunia, anak kecil pastinya ketakutan.. dipeluk oleh ibu dan ayah bagi membina kepercayaan kepadanya bahawa mereka akan melindungi dan menyanyanginya.. keadaan yang sama berlaku kepada kita.. dengan kepercayaan yang kuat kepada ibubapa kita pastinya timbul perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.. bergitu juga sebagai seorang muslim yang pegang kepada kepercayaan rukun iman...

bergitu juga dengan sesuatu hubungan.. jgn melatih diri  untuk berkata-kata tidak benar.. kelak ia akan jd kebiasaan.. andai itu menjadi darah dagingmu, ubahlah ia sebelum ia mampu meruntuhkan sesuatu hubungan..

kepercayaan umpama sebuah dinding yang teguh berdiri.. kukuh dan tidak mudah untuk roboh.. namun, apabila sering kali di uji dengan pelbagai hentakkan pasti lambat laun dinding yang kukuh itu akan roboh juga.. bergitu lah juga dengan kepercayaan.. sekuat mana pun ia dibina, tetapi jika engkau sering melakukan penipuan pastinya kepercayaan itu akan roboh.

dinding yang dipaku, pasti ada parutnya dan cacatnya, meski pun ditampal dan dicat semula pastinya rekahan itu tetap wujud.. percayalah bergitu lah hati manusia.. meski pown mereka memaafkan pastinya mereka tidak melupakan..

bagiku, kepercayaan amat penting.. mungkin aku buka seorang yang sempurna dalam mencipta kepercayaan tetapi aku mahukan kepercayaan ketika berhubung dengan seseorang.. maybe aku seorang yang menjengkelkan ketika berbicara mengenai kepercayaan, dan aku juga bukan yang sempurna dan terbaik di dunia ini tetapi apa yang aku inginkan hanya kepercayaan dalam setiap hubungan.. XOXO


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...