Tuesday, December 25, 2012

top up dan movie

suatu petang di maxis centre.. berbaris nk byr bil...

si gadis : adk nk byr bil broaband?


budak maxis : sebelah sini kat, lmbt sikit, computer satu je boleh..

si gadis : ok.. emmm, bg maxis rm10.. nak kad yek..

budak maxis : kad xda lah.. abis.. tulis boleh?

si gadis pown menulis lah number nye... tidak sebeberapa seketika kelihatan seorang lelaki pown topup gak..

sebeberapa ketika....

tutt.. tuttt.. ( si gadis dpt msj)

unknown no : hey, laju jln..

si gadis : ???... siapa anda?

unknown no : sye td kat kedai maxis yang topup lepas awk.. sori ambik no awk kat buku top up tu.. nak mintak sendiri malu.. sy nk kenal ngan awk sgt2..

si gadis : haa.. suke2 hati awk je ambik no sye..

unknown no : sye ikhlas nk kenal awk.. awk comel.. sye nak kenal dengan awk lebih rapat.. boleh x esok kite tgk wayang.. jgn risau sye xda niat jahat...

si gadis : ????... 

~~~ rse2 mcm nak lepuk x laki nie..? mmg x patot tol. suke2 hati dye je.. dan nie salah satu sebab aku x suke topup tulis... boleh x nk cadangkan supaya topup cre nie di mansuhkan!!!~~


XOXO 

don't break the wall of trust

trust atau kepercayaan.. 
satu pekara yang pastinya dipegang oleh semua orang.. same sperti manusia lain.. kepercayaan amat penting bagi aku..
kepercayaan asas kepada sesuatu hubungan.. hubungan kekeluargaan, hubungan rohani dan juga hubungan cinta..
tanpa kepercayaan yang kuat pastinya, sesuatu hubungan tidak berlaku dengan baik..

ketika dilahirkan melihat dunia, anak kecil pastinya ketakutan.. dipeluk oleh ibu dan ayah bagi membina kepercayaan kepadanya bahawa mereka akan melindungi dan menyanyanginya.. keadaan yang sama berlaku kepada kita.. dengan kepercayaan yang kuat kepada ibubapa kita pastinya timbul perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.. bergitu juga sebagai seorang muslim yang pegang kepada kepercayaan rukun iman...

bergitu juga dengan sesuatu hubungan.. jgn melatih diri  untuk berkata-kata tidak benar.. kelak ia akan jd kebiasaan.. andai itu menjadi darah dagingmu, ubahlah ia sebelum ia mampu meruntuhkan sesuatu hubungan..

kepercayaan umpama sebuah dinding yang teguh berdiri.. kukuh dan tidak mudah untuk roboh.. namun, apabila sering kali di uji dengan pelbagai hentakkan pasti lambat laun dinding yang kukuh itu akan roboh juga.. bergitu lah juga dengan kepercayaan.. sekuat mana pun ia dibina, tetapi jika engkau sering melakukan penipuan pastinya kepercayaan itu akan roboh.

dinding yang dipaku, pasti ada parutnya dan cacatnya, meski pun ditampal dan dicat semula pastinya rekahan itu tetap wujud.. percayalah bergitu lah hati manusia.. meski pown mereka memaafkan pastinya mereka tidak melupakan..

bagiku, kepercayaan amat penting.. mungkin aku buka seorang yang sempurna dalam mencipta kepercayaan tetapi aku mahukan kepercayaan ketika berhubung dengan seseorang.. maybe aku seorang yang menjengkelkan ketika berbicara mengenai kepercayaan, dan aku juga bukan yang sempurna dan terbaik di dunia ini tetapi apa yang aku inginkan hanya kepercayaan dalam setiap hubungan.. XOXO


bila kita dibawah.. barulah perasaan menghargai muncul...

this time punye cite, berlaku di sekeliling aku.. aku hanye bertindak sebagai pendengar dan juga pemerhati.. dari situ aku membuat pemikiran sendiri, supaya ape yang berlaku disekeliling mampu dijadikan iktibar dan juga pengajar..

ketika diberika kesihatan tubuh badan, kesempurnaan rupa paras dan kesenangan hidup.. kita sering terlupa akan nikmat itu hanya seketika.. yaa kita benar, kita bersyukur.. tp perbuatan kita langsung tidak menandakan syukur yang diungkap.. 

ketika memiliki segalanya, jangan sesekali mata mu celik tp buta.. buta tidak melihat ape yang nikmat yang tersirat.. dihadirkan dirinya bersama cinta yang ikhlas dan mendalam tetapi egomu mengatasi segalanya.. yaa benar kau memiliki segalanya, mempunyai pakej yang lengkap, digilai ramai mereka diluar sana, tapi yakin lah pasti hanya satu yang terbaik untuk mu... 

kerana tidak belajar menghargai perasaan cinta yang hadir, pastikan akan ditarik balik supaya diberikan kepada yang berhak dan lebih baik darimu.. ketika kau melukakan hatinya dengan perbuatan kau, dalam kekecewaan dengan izinNYA digantikan dengan yang lebih baik.. bahagia pastinya..

namun kini, nikmat kesihatan kau diuji.. pastinya kesempurnaan paras rupa dan kesenangan hidup tidak dapat membahagiakan hatimu.. ketika ini, kau teringat akan cinta lame yang kau kecewakan.. mengingati kisah bahagia, tawa dan tangis..

mengimbau kembali sudah cukup bahagiakan kau apatah lagi jika cinta itu kau miliki.. namun, segalanya lewat sudah untuk kau mula belajar hargai.. ketika dirimu telantar sakit, dialah yang ingin kau temui.. kawanmu, keluargamu semua berharap kau milikinya semula..

tp apa yang mampu dikatakan.. kesilapanmu yang lalu mampu untuk dimaafkan namun untuk kembali mencintamu tidak sama sekali.. kerana rasa cinta itu telah ditarik balik olehNYA kerana ianya tidak dihargai oleh mu...

p/s: hargai kasih sayang dan cinta yang dihadirkan..sukar untuk kembali memiliki setelah kehilangannya...
**khas untuk my bff, maybe i can be the listener but i not the good adviser.. but im try to be it.. **



gOOd bYe 2o12.. you make me cry, make me laugh but....

ketika menanti detik demi detik.. hari demi hari... berdasarkan tajuk post nie pastinya aku nak ckp serba sikit dna banyak mengenai tahun 2012 yang bakal tabuh kan tirainya..

tahun 2012 seperti tahun-tahun yang lalu, membawa beribu erti dan kisah dalam perjalanan hidup ini... 
kisah suka dan duka menari-nari melukis dan mewarnai hidup ini.. 

kadang-kala menangis, kadang-kala ketawa riang.. sesekali bersifat cool, ada juga waktu bersifat menjengkelkan.. itu lah aku, sama seperi manusia lain.. 

dalam tahun ini byak kisah duka menjadi suka... pastinya setiap kekecewaan akan digantikan dengan kesenangan jika bersabar yang dipilih... itu janjiNYA..

kehidupan di alam 2012 bermula.. kehadiran 2012 dirai bersama keluarga dengan rasa syukur... menjalani kehidupan baru dengan perubahan.. tidak mahu perkara silam yang pastinya menjadi sejarah duka berulang, tp sekadar manusia biase, hanya merancang.. pasti yang terbaik diketahui olehNYA..

MAY 2012.. keresahan dan perasaan tidak senang melanda diri.. berada dikebuntuan.. hati keliru dalam memilih jalan.. akhirnya, jalan telah ditentukan.. ditabahkan hati olehNYA dan diberikan tekad dan kesabarab yang tinggi olehNYA bagi menghadapinya..

JUN 2012.. ditempatkan di suatu kawasan hutan untuk 2 bulan.. rungutan kedengaran.. risau akan kehidupan yang sukar akan dijalani.. namun.. dengan bantuan dan izinNYA kehidupan yang disangka sukar telah dipermudahkan..

07/07/2012.. pastinya kisah yang akan terus beemain di fikiran.. kejadian yang telah pastinya tertulis terjadi kepada diri nie.. tarikh yang baik serta kisah yang menarik.. andai ini lah yang ditentukan.. alhamdulillah.. pada MU lah aq memohon dan hanya dengan izinMU lah segalanya akan berlaku..

SEPTEMBER 2012.. kembali dengan lebih byak kenalan.. berada di hutan selama 2 bulan membawa kehidupan yang sungguh meriah sekembalinya di tempat asal.. mengenali lebih rakan yang pastinya dikenalkan olehNYA kerana mereka yang terbaik..

DISEMBER 2012.. dihadirkan seseorang sebagai ujian.. terkapai-kapai mencari penyelesaian.. cube mencari jalan penyelesaian yang terbaik.. namun hampir 2 minggu tersepit dalam keadaan itu.. akhirnya, suatu malam, doa dipohon, supaya ape yang ingin dilakukan dilancanrkan.. alhamdulillah, segalanya lancar.. segalanya rahsia sebalik kejadian ini hanya diketahui olehNYA..

kini semakin dekat detik berakhirnya 2012.. alhamdulillah, tidak pernah sesaat aku ditinggalkan olehNYA.. melindungi diri ini ketika bahaya, menjadi penawar ketika duka, menolong ketika kesusahan dan mengantikan yang duka kepada suka... alhamdulillah.. semoga tahun akan datang akan lebih baik.. AMIN



Monday, December 24, 2012

mereka percaya tapi kami tidak

setelah terbukti salah dan sememangnya salah ramalan mereka mengenai fenomena 21/12/2012.. maka sekumpulan golongan mat/minah salleh ini (tah ajaran ape tah) telah membuat ramalan baru mengenai fenomena kiamat yang baru.. kali ini mereka memilih tarikh 1/1/2017.. 

hmmm ape sbnrnya dalam fikiran mereka.. pastinya xmampu untuk kita rungkaikan ape yang mereka fikirkan.. pelbagai pandangan dan ramalan yang sering dilihat di laman mukabuku...

tapi sebagi seorg muslim.. kita tidak seharusnya mempercayai dan sesekali membuat ramalan bilakah terjadinya hari itu.. hanya DIA yang maha mengetahui..
ape yang kita mampu lakukan, slagi nyawa dikandung badan, cucikan hati, kuatkan iman semoga berada dikalangan mereka yang dirahmati..AMIN.. 

yg pasti selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013~~XOXO~~



NeW BloG for nEw yEAr by ShaShaBella

TING TONG....

pejam celik pejam celik mata nie da nak masuk tahun baru... untuk beberapa hari lagi tahun 2012 akan pergi menjadi sejarah dan 2013 datang mengukir lakaran baru dalam hidup kite..

btw, hari nie disebabkan aku x mempunyai pape keje, jd aku pown teringin nak meng-update dan men-renew (mmg perosak bahasa) balik blog aku.. skrg semangat tengah berkobar-kobar kunun2 nak jd blogger femes lebih kurang gitu.. hehe..

untuk tahun 2013 akan mendatang nie aku cube untuk kekalkan sentiasa aktif dalam mengeluarkan post baru.. hahaha.. jeles tgk roommate yang aktif blogger sedangkan aku yg ajar dlu.. hopefully semangat aku nie x sekadar hangat-hangat najis ayam.. so, plan yg ada dlm kepala dan otak aku ni nak mengubah rupa blog nie.. agak-agak yang mcm mne sesuai.. yang emo ke, cute-cute ke, love-love ke...? susah gak nk pilih layout nie.. heheh.. so untuk blog wajah baru ni tahun baru nie aku da meng-drafkan semua post-post yang lame.. yang mane menjadi sejarah.. so untuk yg baru nie hanya post-post baru sahaja..

so welcome to my renew blog.. hopefully you all enjoy it n REALLY HOPE i keep update this blog.. thankx for your support... XOXO

KISs uNtuK koraNG: 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...