Tuesday, December 25, 2012

gOOd bYe 2o12.. you make me cry, make me laugh but....

ketika menanti detik demi detik.. hari demi hari... berdasarkan tajuk post nie pastinya aku nak ckp serba sikit dna banyak mengenai tahun 2012 yang bakal tabuh kan tirainya..

tahun 2012 seperti tahun-tahun yang lalu, membawa beribu erti dan kisah dalam perjalanan hidup ini... 
kisah suka dan duka menari-nari melukis dan mewarnai hidup ini.. 

kadang-kala menangis, kadang-kala ketawa riang.. sesekali bersifat cool, ada juga waktu bersifat menjengkelkan.. itu lah aku, sama seperi manusia lain.. 

dalam tahun ini byak kisah duka menjadi suka... pastinya setiap kekecewaan akan digantikan dengan kesenangan jika bersabar yang dipilih... itu janjiNYA..

kehidupan di alam 2012 bermula.. kehadiran 2012 dirai bersama keluarga dengan rasa syukur... menjalani kehidupan baru dengan perubahan.. tidak mahu perkara silam yang pastinya menjadi sejarah duka berulang, tp sekadar manusia biase, hanya merancang.. pasti yang terbaik diketahui olehNYA..

MAY 2012.. keresahan dan perasaan tidak senang melanda diri.. berada dikebuntuan.. hati keliru dalam memilih jalan.. akhirnya, jalan telah ditentukan.. ditabahkan hati olehNYA dan diberikan tekad dan kesabarab yang tinggi olehNYA bagi menghadapinya..

JUN 2012.. ditempatkan di suatu kawasan hutan untuk 2 bulan.. rungutan kedengaran.. risau akan kehidupan yang sukar akan dijalani.. namun.. dengan bantuan dan izinNYA kehidupan yang disangka sukar telah dipermudahkan..

07/07/2012.. pastinya kisah yang akan terus beemain di fikiran.. kejadian yang telah pastinya tertulis terjadi kepada diri nie.. tarikh yang baik serta kisah yang menarik.. andai ini lah yang ditentukan.. alhamdulillah.. pada MU lah aq memohon dan hanya dengan izinMU lah segalanya akan berlaku..

SEPTEMBER 2012.. kembali dengan lebih byak kenalan.. berada di hutan selama 2 bulan membawa kehidupan yang sungguh meriah sekembalinya di tempat asal.. mengenali lebih rakan yang pastinya dikenalkan olehNYA kerana mereka yang terbaik..

DISEMBER 2012.. dihadirkan seseorang sebagai ujian.. terkapai-kapai mencari penyelesaian.. cube mencari jalan penyelesaian yang terbaik.. namun hampir 2 minggu tersepit dalam keadaan itu.. akhirnya, suatu malam, doa dipohon, supaya ape yang ingin dilakukan dilancanrkan.. alhamdulillah, segalanya lancar.. segalanya rahsia sebalik kejadian ini hanya diketahui olehNYA..

kini semakin dekat detik berakhirnya 2012.. alhamdulillah, tidak pernah sesaat aku ditinggalkan olehNYA.. melindungi diri ini ketika bahaya, menjadi penawar ketika duka, menolong ketika kesusahan dan mengantikan yang duka kepada suka... alhamdulillah.. semoga tahun akan datang akan lebih baik.. AMIN



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...