Tuesday, February 4, 2014

kisah semalam tentang 12 tahun yang lalu ketika kami berusia 12 tahun dan masih comel!!!

semalam punya cerita...
tergerak hati ingin berjumpe kawan-kawan....
kawan-kawan yang dulunya satu kelas mase darjah enam...
bile tu...? 12 tahun yang lepas...
mase kami semua masih lagi kanak-kanak yang comel lagi nakal..

kini kami semua dah usia 24 tahun...
masih-masih dah dewasa...
semalam.. kami bertujuh + satu saja...
aku, tikah, syikah, ekin, balang, feruza, baim dan tambah satu (kawan feruza- fifi - fifi nie lelaki tau)

macam-macam cerita keluar...
cerita itu, dan ini...
banyak cerita aku tak ingat...
terpaksa recall balik memori...
tapi walaupun x beberapa ingat still sgt terhibur...
masih teringat2 satu cerita...
antara syikah dan balang katenye..

syikah : "aku nampak depan mata aku sendiri"
balang : " depan mata kau, cermin mata kau"...

see... itu perbualan kanak-kanak darjah enam 12 tahun yang lalu...
macam tu lah bergaduhan mereka...
perkataan yang keluar dari mulut ketika bergaduh masih lagi buat hati tertawa didengar...

sangat tersentuh bila melihat dan mendengar cerita kawan-kawan yang masih mengingati kita...
sudah lama kisah berlalu..
tapi masih segar persahabatan kami...
kerana ketika kami mula mengenali satu sama lain kami masih kanak-kanak..
hati yang masih suci dan penuh dengan keikhlasan...
niat berkawan dan mengenali sangat ikhlas...
sehingga segala memori bukan tertanam di ingatan tetapi kekal di dasar hati...

sekarang kanak-kanak ini semua telah dewasa...
mungkin setahun dua ada yang akan mendirikan rumah tangga...
mungkin juga dikurniakan rezeki yang menjadi ibu dan bapa...
tapi pasti memori dan persahabatan tidak dilupakan..

~~ apabila sesuatu hubungan silaturahim yang terjalin dengan hati yang suci dan ikhlas, maka ia akan kekal selamanya..~~ bubye

sorry --> no picture... last nigth we are very excited story about our past... i sure lah x ingat nk ambik pape gambar.... jangan risau sebab yang ada semalam semua nya comey-comey dan ensem-ensem belaka....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...